Sabtu, 21 Jun 2008

Firefox 3 "sucks"???

Pada suatu hari yang lalu, aku mendapati bookmark Firefox aku hilang!

Beberapa hari kemudian, setelah aku memuat turun dan memasang perisian Firefox 3, aku mendapati bookmark-bookmark aku yang hilang tempoh hari itu, telah kembali! Oh, dia main aci sembunyi ("aci lut chak") dengan aku rupanya!

Walau bagaimanapun, aku tak rasa ianya kembali sebab aku memasang perisian Firefox 3 itu. Dan sekembalinya bookmark-bookmark Firefox aku itu pun tetap tidak membantu apa-apa. Sebab apa? Aaa... nanti aku cerita lagi.

Oh ya, perlu diberi penegasan di sini, hari aku memuat turun Firefox 3 adalah pada DUA HARI selepas mereka punya "Firefox Download Day", kempen mereka untuk mencipta rekod dunia bagi kategori "Perisian terbanyak yang dimuat turun dalam satu hari". Poyo kan? Hahah, memang tak ada perkataan Bahasa Melayu (rasmi ka perkataan itu?) yang lebih tepat menggambarkan situasi ini, melainkan "poyo"!

Dan, apakah yang "best"nya Firefox 3 ini?

Well, sebelum itu, biar aku jelaskan di sini kenapa "sekembalinya" bookmark-bookmark Firefox aku yang asal tidak membantu aku, bahkan ianya lebih menyusahkan aku lagi?

Untuk pengetahuan, setiap kali aku jumpa laman-laman sesawang yang menarik, yang aku suka, aku akan simpan dalam bookmark. Aku akan menyimpannya di dalam kedua-dua Internet Explorer 7 dan Firefox 2 aku. Yeah, memang aku "maintain" hubungan diplomatik aku dengan kedua-dua web browser ini.

Tapi, sejak "kehilangan" itu, aku telah menemui beberapa laman sesawang baru untuk dibookmark, dan aku telah membookmarknya ke IE sahaja terlebih dahulu.

Bila bookmark Firefox aku yang hilang tu tetiba membuat "kemunculan semula", aku jadi serba salah. Dilema la bak kata orang. Nak kenal pasti semula laman sesawang yang mana yang baru aku masuk dan bookmark, aku tak dapat ingat semua. Satu cara yang bermain di fikiran aku ialah, aku import saja semula kesemua bookmark aku dari IE.

Dan aku mempunyai satu kecenderungan yang agak "pelik". Orang putih sebut "meticulous", heheh! Ada orang yang menyangka aku ini "teliti orangnya"! Teliti (kononnya), tapi tak kena pada tempat! Haha, apa yang aku maksudkan di sini ialah, apabila aku bookmark di IE, dan kemudiannya eksport bookmark itu ke Firefox, aku akan buka semula laman-laman sesawang itu satu persatu, dan membookmarknya semula di Firefox.

Kenapa? Sebab di IE, ada beberapa "kekangan" yang diletakkan, menyebabkan berlaku perubahan kepada nama asal laman sesawang tertentu, iaitu ianya menghalang simbol-simbol \ / : * ? " < > | daripada digunakan dalam penamaan fail (termasuk kesemua fail yang disimpan dalam sistem pengoperasian Windows ini). Dalam Firefox, kekangan ini tak ada. Lagi satu, bila kita bookmark sesuatu alamat URL laman sesawang tertentu, dia akan simpan sekali description bagi laman sesawang tersebut (macam kat Opera gak). Maka, sebab "teliti tak bertempat" aku ini, aku pun membookmark semula, dan boleh dikatakan banyak yang dah aku buat (dan masih banyak lagi yang belum). Sebab itu aku kecewa sesangat bila bookmark aku Firefox aku hilang tempoh hari tu!

Berbalik kepada "dilema" aku tadi tu, maka tiada pilihan, aku memang kena import semula daripada IE. Memang itu jalan termudah pun, daripada aku nak bookmark balik satu-persatu, lebih baik aku import kan? Kalaupun aku kini sudah jadi "malas" nak seteliti dulu, paling tidak pun, kesemua alamat yang aku simpan di IE, dah dipindahkan ke Firefox.

Maka, di sini aku bertemu dengan masalah pertama aku dengan Firefox 3. Memang aku akui, bookmark aku ni, ribuan jumlahnya (banyak beb!). Tak salah aku sekitar lapan ribu kot (biar betul?! Haha, tapi yang betul-betul aku maintain cuma empat ribu saja, yang selebihnya tu simpan-simpan secara rambang lupa nak padam). Nak import tu, mestilah ambil masa yang agak lama sikit kan? Tak kisah la kot, dah memang banyak, dan PC aku ni pun memang tak laju! Buka banyak aplikasi serentak, mengkura-kuralah PC aku. Dan memang diakui, IE ni paling banyak makan virtual memory (pernah mencecah sampai 700 ribu KB lebih!), dan memang bila itu berlaku, tak ada cara lain aku mesti kena tutup secara sukarela atau paksa rela (kill dia punya proses).

Ops, sebelum termelalut ke IE, meh aku kembali ke Firefox 3.

Untuk pengetahuan, aku import secara serentak dari IE ke Firefox 3, Opera 9.5 dan Safari 3.1 aku. Aku eliminate Opera daripada "persaingan" (perbandingan) sebab ianya mempunyai opsyen untuk memilih folder apakah daripada senarai bookmark aku di IE itu yang hendak diimport (yang lain WAJIB import kesemuanya). Eh, lupa pulak, Safari juga tak boleh dibandingkan sebab ianya hanya boleh mengimport daripada fail .HTML (senarai bookmark daripada IE itu kena disimpan dalam bentuk fail HTML terlebih dahulu). Maka, tinggallah hanya Firefox 3 seorang untuk dibandingkan dengan dirinya sendiri, heheh!

Oh ya, nak tahu berapa lama masa yang diperlukan oleh Firefox untuk mengimport kesemua bookmark dari IE? Untuk berlaku adil, ketika aku sedang menaip ini (menggunakan IE yang ada sembilan tab, sambil membuka aplikasi Opera yang ada 13 tab, Firefox 3 yang ada 12 tab beserta satu window library bookmarknya, Notepad dan Yahoo! Messenger, peh bayangkan betapa banyaknya aplikasi yang berjalan serentak!), aku cuba mengimport sekali lagi bookmark dari IE ke Opera, untuk dibuat perbandingan, dan kali ini aku ambil opsyen untuk mengimport kesemua bookmark aku dari folder asalnya (bukan memilih folder tertentu macam sebelum ini).

Memang sah, dalam keadaan sebegini pun, biarpun agak slow, namun masa yang diambil hanyalah kurang daripada seminit (atau mungkin mencecah juga seminit, sebab aku tak ambil kiraan masa pun, hanya mengagak).

TAAAAPIIII... nak tahu berapa lama Firefox 3 ambil untuk import daripada IE? Yeah, suatu proses yang aku dah tak sanggup nak ulang (melainkan TERPAKSA!). Kalau tak salah aku, ianya mencecah lima minit (mungkin kurang, mungkin juga LEBIH!). LIMA MINIT BEB! Aku tahulah PC tua aku ni lembap, tapi ini sudah melampaui batas!

Pada mulanya, aku ingat aplikasi Firefox aku ni sudah hang, maka aku tutup proses aplikasi ni cara "paksa" (tutup pakai Task Manager). Ku ulang lagi, ai sama juga. Banyak kali aku ulang dan tutup cara "paksa" ni. Oh, perlu diingat, waktu aku buat tu, aku tutup semua aplikasi yang lain, termasuklah tetingkap UTAMA Firefox 3 itu sendiri (cuma tetingkap "Library" untuk mengurus bookmark itu saja yang aku biarkan terbuka).

Akhirnya, aku ambil keputusan membuat "cubaan" mengimport itu, dan seterusnya MENUNGGU, tanpa membuka apa-apa aplikasi lain, tanpa menutupnya cara paksa. Tunggu punya tunggu, namun, dek kebosanan yang amat sangat, terpaksa juga buka IE, sebab nak surf Internet sambil menanti Firefox ni habis mengimport. Lama gila, masih belum habis. Aku siap sempat ke tandas dan kembali, dan masih belum tamat lagi! Sehinggalah, seperti yang aku katakan tadi, "lima minit" kemudian, baru aplikasi Firefox 3 yang hang seketika tadi kembali beroperasi.

Okaylah, sebenarnya, aku sebut "lima minit" tu sebagai penyedap hati saja. Aku betul-betul tak buat kiraan masa, tapi aku rasa, ianya makan masa sampai hampir sepuluh minit. Yeah, semua tu hanya untuk import kesemua bookmark aku. Gila betul! Lepas tu, bila dah habis mengimport (akhirnya!), kalau aku nak drag sesuatu folder ke destinasi tertentu, nasib aku, terdrag folder yang ada banyak "isi" di dalamnya, peh, makan masa pulak! Pastu, kalau nak delete folder yang banyak, pun makan masa jugak! Boleh tensen aku camni, hah!

Kemudiannya, lagi-lagi pasal bookmark. Kali ini aku dapati ianya tidak "mesra" pengguna sepertimana yang aku rasa waktu pakai Firefox 2 dulu. Waktu kita klik "organize bookmarks", kan dia akan buka satu tetingkap baru untuk kita uruskan senarai bookmark kita kan? Dalam tetingkap tu ada dua ruang, belah kiri dan belah kanan (tak reti aku nak namakannya, heheh!).

Dalam Firefox 2 dulu, di sebelah kanan tu (di mana kita boleh lihat bookmark kita dengan lengkap: nama, alamat dan deskripsi), kita boleh klik kanan di ruang itu dan pilih "sort by name". Opsyen itu dah tak ada di situ! Puas aku cari! Rupanya sekarang opsyen itu hanya ada kalau kita klik-kanan di ruang sebelah kiri tu! Aiyaa, susahnya nak "urustadbir" camni.

Lepas tu, disebabkan "ketelitian tak bertempat" aku tu, aku cuba nak bandingkan bookmark asal (sebelum dia hilang dan muncul kembali tu) dengan bookmark yang baru diimport, sambil nak menambah la apa yang kurang. Aku highlight satu folder, dan aku setkan agar folder berkenaan susun ikut urutan huruf berdasarkan alamat URLnya. Seterusnya aku highlight satu lagi folder dan buat yang sama (supaya senang nak dibandingkan). Lepas itu, bila aku klik semula ke folder yang pertama tadi tu, aku dapati ianya kembali "berterabur" seperti asal (bukannya disusun ikut alamat URL macam yang aku set tadi). Aku set balik ikut susunan URL, dan aku buka folder kedua tu pulak, dan dapati ianya "berterabur" semula jugak! Aku set balik, dan bila aku ulang ke folder pertama dan kedua, aku dapati ianya akan kembali berterabur, tak kekal sepertimana yang aku setkan.

Adoi, boleh sakit jiwa la camni! Mustahil aku boleh buat perangai "teliti" aku dalam suasana sebegini. Perlu ditegaskan di sini, benda macam ini tak berlaku ketika aku pakai Firefox 2 dulu.

Yah, itulah dia "masalah" aku dengan Firefox 3. Namun apakah ianya benar-benar "sucks". Itu suatu yang "subjektif", dan "PARA PENCINTA FIREFOX" pastinya sangat tak bersetuju melihat kritikan terhadap "musang api" kesayangan mereka ini, tapi kalau anda Googlekan "firefox 3 sucks", anda akan jumpa banyak juga yang bersetuju dengan kata-kata itu, heheh!

Ada satu Blogger yang ada satu masalah "unik" dengan Firefox 3 beliau. Setelah memasang Firefox 3, beliau mendapati aplikasi yang dipasang di PC beliau itu TIADA BUTANG BACK DAN FORWARD! Hahah, web browser pertama di dunia yang tak ada butang back dan forward! Mungkin ini cuma glitch, tapi seharusnya pihak pembangun (Mozilla ka?) periksa betul-betul dulu sebelum meriliskannya. Ini bukan versi Beta dah ni, ini versi penuh ni!

Rata-rata mengatakan bahawa mereka mahu kembali menggunakan Firefox 2. Ada yang berkata mereka suka Firefox sebab ianya "simple" (sempoi), dan mereka berpendapat Firefox 3 sudah "bercanggah" dengan prinsip asalnya. Lagipula, aku rasa pihak Firefox ni dah terkena sindrom kepoyoan melampau. Disebabkan mereka ini tersangat "overrated", mereka dah rasa diri mereka dah jadi "macam bagus" (poyo la tu, tak ka poyo, nak cipta rekod la pulak!). Bila dah jadi macam tu, bila dah bongkak, bersedialah untuk "jatuh", hehehe!

Biarpun orang kata Firefox ialah web browser yang paling selamat la, laju la, tapi nak capai kepuasan maksimas, kena muat turun dan pasang plugin itu dan ini. Dan bagi aku la kan, kan bagus kalau kita dah tak perlu nak pakai plugin la apa, biar semuanya lengkap dalam satu pakej. Lagipun, memasang plugin akan memberatkan lagi aplikasi ini dan ini sangat tidak ideal bagi PC tua aku ini.

Oh ya, cakap pasal plugin ni, menurut yang aku baca, ramai yang kecewa juga sebab boleh dikatakan kebanyakan plugin-plugin untuk Firefox yang asalnya dikeluarkan untuk versi 2 tu, dah tak berfungsi dalam versi 3. Ohooo, tak backward compatible jugak ropanya!

Dari segi kepantasan pun, orang kata Opera dan Safari lebih laju. Maka apakah lagi "kelebihan" yang tinggal pada Firefox? Hmm...

Apahal pun, terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Bagi yang pakai Firefox tu, seeloknya teruskan memakai Firefox 2 anda.

Aku? Haha, IE masih web browser utama aku. Jangan la nanti IE versi 8 yang keluar nanti bisa mengatasi Firefox 3 pulak! Malu la beb!

4 ulasan:

  1. klu nk make sure bookmark tak hilang....pastikan add-on FOXMARK...dan blh dibukak kt mana PC saja bookmark...

    blog.mynothing.net

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas tips itu.

    Tapi ini membawa kepada satu lagi permasalahan, iaitu Firefox ni asyik kena pakai add-on itu dan plug-in ini untuk dinikmati sepenuhnya, huhuhu...

    BalasPadam
  3. hang ni memang tak reti tulih pendek2 noh!hehe

    BalasPadam
  4. Sori la beb, aku sedar akan kelemahan diriku ini, hehhe! ;)

    Tak leh tahan la, sekali mengadap nak menaip tu, boleh makan dua-tiga jam. Sedar², dah seribu lebih patah perkataan! :))

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang