Isnin, 16 Jun 2008

Firefox "menganiayai" aku!

Pada hari Ahad, 15 Jun 2008, aku telah mendapati aku telah dianiayai oleh Mozilla Firefox.

Sampainya hati beliau. Dan beliau melakukannya tak berapa lama setelah aku "berbai`ah" untuk memuat turun Firefox 3 apabila keluar pada 17 Jun 2008 nanti, agar mereka dapat memecah rekod dunia (jenama arak itulah, apa lagi!) sebagai "perisian paling banyak dimuat turun dalam satu hari".

Nak tahu apa dia buat? Ya, pada satu ketika, aku buka Firefox aku, tetiba, aku dapati, bukan saja kesemua tab yang aku buka sebelum ini hilang (namun itu biasalah tu), aku juga mendapati "perangai" Firefox pada ketika itu adalah seperti aku buka perisian itu buat pertama kalinya, seperti waktu kita baru mula-mula install. Antaranya ialah dia bertanya sama ada aku mahu jadikan Firefox sebagai perisian pelayar utama untuk PC aku.

Maka, aku syakkan sesuatu dan ternyata sesuatu itu berlaku pada aku. Aku periksa bahagian bookmark dan mendapati kesemuanya telah...

...HILANG!!!

Yeah, boleh kata kesemua laman-laman sesawang yang aku bookmarkkan, semuanya hilang. Bukan puluhan, bukan ratusan, malah ribuan! Ya, beginilah cara Firefox membalas jasa aku, setelah aku menambahkan bilangan "bai`ah" mereka dan berjanji nak membantu mereka memecahkan rekod. Ibarat membalas susu dengan tuba!

Hoho, oh ya, memang ini salah satu hobi masa lapang aku: membookmark laman-laman sesawang yang aku rasa menarik dan ingin dilawati lagi! Jumpa ja atau orang bagi saja alamat URLnya, lepas tengok dua-tiga kali dan mendapati ianya macam best, tanpa ragu-ragu lagi, terus aku bookmark!

Dan sekarang semuanya sudah tiada, hahaha!

Oh well, mujurlah Firefox ni pelayar kedua saja, sebab pelayar utama aku masih lagi Internet Explorer 7, dan biarpun ramai yang kata IE ni tak selamatlah, namun aku masih tetap memakainya. Memang perlu diakui, IE ni banyak masalah dia. Memang macam tak stabil, tak secure (virus, spyware dan adware banyak masuk menerusi IE), makan banyak virtual memory (dah la PC aku tak cukup RAM, maka semputlah PC aku jadinya!), dan selalu crash, tapi aku masih memakainya. Mungkin aku dah terbiasa dan selesa dengan paparan antaramukanya kot.

Dan, ada satu benda yang aku memang boleh harapkan sangat dengan IE ni. Iaitu, ianya masih menyimpan kesemua bookmark aku dengan selamat! Bahkan, ianya disimpan dalam bentuk fail yang "fizikal", yang aku boleh cari dan nampak dengan tepat di mana kedudukannya dalam PC aku ini. Bahkan, ada kes di mana, aku dah padam dah beberapa bookmark yang aku dah tak mahu, tapi esok lusa (atau biasanya selepas IE aku crash, aku dapati yang aku padam itu tadi, masih ada pula. Liat nak dipadam la pulak! Memang pelik, tapi itu yang berlaku!

Haha, aku mengaku, mungkin aku ni agak "buta IT" dan tak reti banyak perihal perisian Firefox ni, tapi aku rasa memang bookmark Firefox tak dapat aku capai melainkan menerusi pelayar itu sendiri. Ada sistem tersendiri kot. Dan bila ianya tiba-tiba "hilang", aku tak tahu di mana nak dapatkan balik, melainkan aku import semula daripada IE.

Sebenarnya bukan aku seorang yang jadi macam ni. Awal tahun ini, aku pernah berchatting dengan seseorang, dan dia mengaku dia ni "jahil tukil soal IT", dan dia tanyakan aku bagaimana nak dapatkan balik kesemua senarai bookmark beliau di Firefox yang tetiba "hilang", dan aku tak dapat menjawabnya. Dan dia pun terpaksalah cari balik semua laman sesawang yang "hilang" itu, heheh! Dan sekarang, aku pula "mangsanya".

"Terima kasih" kepada IE aku yang masih setia menyimpan senarai bookmark aku, maka tidaklah aku terasa sangat kehilangannya. Cuma rasa terkilan la jugak aku pernah menghabiskan masa untuk mengemaskinikan senarai itu di Firefox, dan ternyata aku telah membuang masa kerana sekarang ni semua tu dah hilang, huhu...

Dengan ini, disebabkan telah mengecewakan aku, maka aku akan cuba mengelakkan diri daripada menjadi antara yang memuat turun perisian Firefox versi ketiga itu pada 17 Jun nanti. Aku tak mahu jadi antara penyumbang kepada "Rekod Dunia" yang mereka nak capai tu. Dah la tu, ditaja oleh satu jenama arak tu pulak (yang sangat sinonim dengan rekod-rekod dunia kononnya tu), jadi aku rasa adalah lebih baik untuk aku tidak melibatkan diri. Lepas sehari atau dua-tiga hari kemudian, baru aku akan muat turun, heheh!

Oh ya, ni satu lagi hobi "aneh" aku! Aku suka guna pelayar-pelayar internet yang berbeza dan pelbagai! Berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa ini, selain daripada IE (yang menggunakan enjin Trident) dan Firefox (Gecko), aku juga guna Opera (Presto) dan Safari (WebKit).

Antara banyak-banyak ini, aku berpendapat Opera la yang paling cantik dan "sedap mata memandang" (sekarang dah keluar versi 9.50!). Telefon bimbit, Nintendo DS dan Nintendo Wii pun pakai pelayar ini. Dan, sudahkah aku katakan tadi, bahawa paparannya cantik? Hehe...

Safari pun cantik gak, tapi berat sangat la, terutamanya kalau aku buka banyak tab. Semput PC aku nak handle keberatannya. Dan, dia tak simpan sesi tab terakhir, sebaliknya akan buka homepage sahaja setiap kali kita buka baru (setakat yang aku tahu la, tak tau la kot-kot ada setting yang aku tak jumpa!).

Firefox pun okay sebenarnya (malah, ini la yang selalu direkomenkan oleh orang pun, terutamanya bagi mereka yang anti-Microsoft, hehe!). Agak ringan, agak cantik. Tapi itulah, sepertimana yang terjadi kepada aku baru-baru ini. Hei, geramnya! Aku tau, ramai yang "minat" dengan Firefox ni dan pastinya tak puas hati melihat aku tak puas hati dan geram dengan Firefox ini. Biarkan aku melayan rasa geramku ini. Alaa, nanti dia lega la tu, hoho...

Dan, IE tetap sebagai pelan backup aku. Selain sebagai kegunaan utama, setiap kali aku beralih ke pelayar lain, dan ada rasa ketidakserasian yang timbul, maka aku akan kembali ke IE.

Akhir kata, walau apapun pelayar pilihan anda, gunalah dengan bijak, dan berhati-hatilah dengan ancaman "dunia siber" terhadap keselamatan PC anda!

8 ulasan:

  1. Alahai Convoy, kena permainkan musang ke? Ilusi saja tu. Setahu aku, install FF3 tak bermaksud FF2 akan di-uninstall secara automatik.

    Jadi cuba godek sikit-sikit, launch FF2, dan lepas tu cari fungsi untuk eksport bookmark tu ke desktop. Lepas tu, import bookmark tu ke FF3.

    Haha, lagipun siapa suruh tak baca amaran musang tu:

    Firefox 3 Release Candidate 3 is available in more than 45 languages as a public preview release intended for developer testing and community feedback.

    Dengan menggunakan Release Candidate, ini bermakna kita tak boleh menyalahkan musang tu kalau ada mana-mana yang tak betul lagi. Release candidate is not intended to be used by layman.

    Satu lagi tentang Guinness World Records. Syarikat yang uruskan rekod-rekod dunia tu, iaitu Guinness World Records Limited, dah tak ada apa-apa kena mengena dan tak ada sebarang afiliasi dengan syarikat arak Guinness. Kedua-duanya adalah syarikat arak yang berlainan.

    Rekod ni sekadar mengekalkan nama 'Guinness' sebab ia dicetuskan oleh director manager yang pernah berkerja kat kilang arak Guinness yang dekat dengan rumah aku ni ha. Edisi pertamanya memang ada sikit-sikit kaitan dengan kilang arak tu, dan ia diberi percuma sebagai advertising giveaway bagi mempromosikan lagi Guinness.

    Tapi bermula dari edisi ke-2 hinggalah sekarang, baru buku ni mula dijual oleh syarikat yang tak ada kaitan dalam pembuatan arak; maksudnya dah diuruskan oleh syarikat yang berkaitan buku la tu.

    BalasPadam
  2. Ralat sikit. Nak cepat tadi :p:

    Kedua-duanya adalah syarikat yang berlainan.

    dan bukannya:

    Kedua-duanya adalah syarikat arak yang berlainan.

    BalasPadam
  3. Ahha, aku dah agak dah, anda akan tampil memberikan reaksi! ;)

    ...

    Pertama, terima kasih kerana menjelaskan soal Guinness. Wahaa, jiran hang ka pengarah dia tu? Menarik!

    Masih ada kena-mengena jugak sikit² kan? Haha, tak mengapalah, aku tetap tidak akan membantu menyumbang untuk rekod itu pada hari esok, hehehehe!

    ...

    Kedua, minta maaf kerana tidak menceritakan dengan jelas. Untuk pengetahuan, aku BELUM pun pakai Firefox 3 versi beta ka apa ka. Install sekali saja, lepas tu terus buang dan pakai versi 2 balik (sebab tak mahu terdedah kepada risiko untuk persian yang tak stabil la yang tak pakai tu, haha!), dan itu adalah pada beberapa bulan yang lepas, dan tak ada satu masalah pun pada senarai bookmark aku dalam Firefox ini pada ketika itu.

    Maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa Firefox versi 2 aku yang BUAT HAL ini tak ada kena-mengena dengan aku pakai Firefox 3.

    Aku cuma geram ja, sebab baru lepas pledge/janji nak download Firefox beramai²
    pada 17 Jun nanti, pada hari yang sama itu jugak la Firefox buat perangai pi padam habis bookmark² aku.

    Maka sekali lagi aku ulangi, aku BELUM memakai mana² versi Firefox 3 pun, sekaligus, membuktikan bahawa itu BUKAN punca bookmark² ku hilang. Ini adalah perbuatan Firefox 2 itu sendirian.

    Dan dia buat perangai sebaik saja aku berjanji nak guna versi 3 nanti! Alaa, yang kita klik kat butang perjanjian kat laman web tu, pastu dia suruh nyatakan negara asal kita dan e-mel kita (pilihan) tu.

    Aii, apasal dia (Firefox 2 aku) "marah" ya? Jeles sebab waktu aku layari laman web SpreadFirefox untuk menyatakan "bai`ah" aku tu, aku pakai IE7 dan bukannya dia? Atau jeles sebab aku bakal meninggalkan dia bila aku pakai Firefox 3 nanti?

    Dan, memang ada sorang kenalan aku yang pernah mengalami nasib serupa. Tetiba ja dia punya bookmark di Firefox hilang. Dan agak malang kot, pada waktu itu dia mengharapkan kepada Firefox seratus peratus, hohoho! Jenuh cari balik la alamat² URL yang dia pernah simpan tu.

    Tapi tak mengapalah, syukur masih ada backup. Dan insiden ini mengingatkan aku supaya tambahkan lagi bilangan dan cara backup aku. Bukan sikit beb! Ribuan! Hilang sepuluh-dua tu tak apa lagi, ini hilang kesemua, wah, nangis tak berlagu aku nanti!

    Jangan risau, aku tetap akan pakai Firefox 3 nanti. Berguna untuk masuk laman² web marabahaya (nak cari crack untuk games/perisian yang kurang original, heheh!). Lagipun, macam aku kata, antara "hobi" aku ialah mencuba kesemua jenis browser yang ada! :D

    Tapi aku tetap tak akan muat turun pada hari esok. Tunggu sehari atau lebih sikit (bagi semua zon masa di dunia ini sudah melewati 18 Jun 2008), baru aku muat turun.

    Sekarang, aku nak godek OPERA 9.50 la pulak! =)

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum...

    Mungkin betul yang FF2 Encik Saladin merajuk dan cemburu. Ensik Saladin patut belajar dengan Encik Tawel bagaimana nak bagi kekasih kati tak merajuk dan cemburu walaupun beliau menduakannya bile pulang ke Malaysia. Atau, mungkin kita patut minta Encik Tawel membuat satu entri khusus tentang aweknya yang lagi satu ni (ie: FF).

    Saya ada terbaca tentang bai'ah dengan FF3 tersebut. tapi entah kenapa, tak terasa berminat pula menjadi sebahagian dari mereka yang akan menjayakan (?) cita-cita tersebut. Tapi saya tetap berkemungkinan besar akan mendownload FF3 suatu hari nanti.

    BalasPadam
  5. Hakakakaka~!

    Amboi, tajam sungguh sindiran Encik aiyrie itu!

    Eh, berapa banyak kekasih hati Sensei kita ni ada aa? Setahu saya, kekasih beliau ialah "Si Penguin" itu. Ini si "Musang Berapi" tu dikira kekasih yang berlainan ya? Pastu di Malaysia ada lagi "kekasih fizikal" dari kalangan manusia pula ya? Wahhh, ini lebih hebat dari hero AYAT² CINTA versi filem dah ni!!! :P

    ...

    Sesuai dengan "perjanjian bai`ah" itu, sepatutnya sekitar hari inilah (17 Jun 2008) saya perlu mendownload perisian FIFEFOX (aku dah biasa guna FF untuk FINAL FANTASY ;D) versi 3 itu. Tapi disebabkan "penganiayaan" ini, saya rasa tak salah membatalkan bai`ah itu, dan saya rasa tak perlu membantu menyumbang dalam menjayakan misi mereka nak buat rekod entah apa² itu.

    Maka, seperti anda, saya juga akan mendownload perisian ini pada "suatu hari nanti", asalkan hari itu BUKANNYA hari ini (17 Jun 2008!). Mungkin seawal lusa, heheh...

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum...

    Saya tahu tentang cinta bersegi Encik Tawel dalam entrinya Bercinta dengan basikal. Kita tunggu pula bila beliau nak buat entri tentang kekasihnya yang berfizikalkan manusia pula.

    Oh!!! Anak penguin tu pun kekasih Encik Tawel? Ingatkan anak angkat beliau.

    BalasPadam
  7. Cian kat Tuan Saladin. Nasib baik ada IE sebagai back-up. Sabor je le... : )

    BalasPadam
  8. Wahai Encik aiyrie.

    Ya tak ya, pasal entri terkini Sensei tu. Terima kasih kerana mengingatkan!

    Biasalah, basikal tu dia punya "ex" dalam bentuk kenderaan, sedangkan "anak penguin", "musang api" dan yang sewaktu dengan mereka tu (antitesis bagi jenama "tingkap"!) adalah kekasih beliau dalam bentuk "maya" atau dari segi IT.

    Yeah, tertanya juga, siapa kekasih "fizikal" beliau dalam bentuk manusia yang berlawanan jantina. Kalau masih tak ada, boleh saya cadangkan kepada seseorang, kekekek! :P

    ...

    Wah, Tuan ALEX, thank you for dropping by! =)

    Actually, IE masih lagi browser utama saya. Saya terfikir nak beralih sepenuhnya ke Firefox, tapi insiden sebeginilah yang biasanya menghalang niat saya tu, hoho! ;)

    Saja, tak ada atau belum sampai "jodoh" kot! :P

    BalasPadam

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang