Isnin, 21 April 2008

Lawak Blog di RTM1

Wahoo! Setelah sekian lama kesibukan "kerjaya" membuatkan aku terpaksa "menyepi" untuk seketika, namun "kelucuan" peristiwa yang aku alami ini buat aku terpanggil jugak untuk mencuri sedikit waktu untuk menaipkan entri ini. Kelucuan ini berlaku ketika aku menonton RTM1. Oh ya, dulu pun aku pernah mengulas mengenai satu "kelucuan" yang dibuat oleh RTM1. Kali ini nampak gayanya aku menemukan "kelucuan" baru pulak daripada RTM1!

Ohooo, rupanya dah dekat sebulan aku tak menambah apa-apa entri pada blog aku ni. Ai, blog aku pun rupanya dah terkena sindrom sedemikian rupa rupa-rupanya! Tak mengapa, untuk kali ini, dalam kesempatan yang sedikit singkat, aku nak ulas mengenai satu rancangan TV yang aku memang teringin sangat nak menontonnya setelah diiklankan mengenainya di RTM1 (sekurang-kurangnya, ada jugak entri kan?).

Perlu diingat, ini RTM1 pasca PRU12, jadi rancangan TV sebegini sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh orang yang "prihatin" terhadap stesen TV ini, heheh...

Maka, pada tanggal 20 April 2008, pada jam 8:40 malam, aku pun menontonlah rancangan TV berkenaan...

Sabtu, 29 Mac 2008

Hai Muslimah bertudung! Jangan tunduk pada Syaitan!

Aku ada memautkan feed bagi laman blog MUJAHIDEEN RYDER ini di dalam laman blog aku (adakalanya kelihatan dan adakalanya feednya itu seperti bermasalah dan tidak dapat dipaparkan dalam Wordpress). Blog yang memang menarik!

Tapi, pada suatu hari, aku terperasan sebuah entri yang sangat menarik pada blognya itu (sepertimana yang terpapar di sebelah kanan blog aku ini), berjudul "Hijabis: Don’t give in to Shaytan!". Aku jadi penasaran nak tahu apa kebenda isi kandungannya.

Rupa-rupanya, entri itu mengepilkan sebuah video yang sangat menarik!

Video mengenai godaan Syaitan terhadap seorang gadis yang bertudung!

Haha, alkisahnya, gadis ini (yang agak cun juga orangnya!) sedang berdandan untuk keluar. Tiba-tiba muncullah sang Syaitan menghasut dan menggoda lagi meragu-ragukan beliau mengenai pemakaiannya. Syaitan memberikan "alternatif" terhadap cara beliau mengenakan tudung beliau serta pakaian beliau yang lainnya. Dan sayangnya, gadis ini akhirnya "tewas" pada godaan tersebut.

Sila tonton video berikut:


Tak sangka, Syaitan ini kelihatan sungguh effeminate. Kelihatan "lembut" sepertimana yang biasa kita lihat pada lelaki-lelaki yang bekerjaya sebagai pereka fesyen (atau apa saja yang melibatkan fesyen dan wanita), heheh! Agaknya memang sengaja dilakonkan sedemikian kot? Analogi yang agak "kasar" aku rasa, hahaha!

Mengenai gadis itu pulak, terus-terang ingin aku mengaku di sini; gadis itu kelihatan JAUH LEBIH CANTIK DAN JELITA ketika beliau mengenakan pakaian pertama beliau, tanpa mekap tebal-tebal, daripada ketika setelah beliau "termakan" hasutan Syaitan, dengan mekap tebal segala. Macam hantu daaa... atau lebih tepat lagi, "macam Syaitan"? Hohoho! Astaga!

Apahal pun, video ini pastinya sangat "pedas" bagi kaum wanita Muslimah yang menontonnya, heheh! Oh, tak lupa juga pada lelaki yang mereka fesyen (apa lagi kalau mengandam!)!

Akhir kalam, ingin sekali lagi aku mengingatkan di sini, kepada Muslimah di luar sana; rendahkan pandangan anda, jagalah dan tutuplah aurat anda!

Selasa, 25 Mac 2008

Ayat-Ayat Cinta: The Novel!

Dua atau tiga minggu yang lalu, setelah dua tahun membeli dan memilikinya, akhirnya aku khatam juga membaca novel ini!

Haha, bagi mantan kaki ulat buku (yang bertukar menjadi malas buku semenjak masuk IPT) yang mencuba berjinak-jinak untuk membaca semula, tugas menamatkan pembacaan novel setebal ini agak menyukarkan. Tambahan pulak ini bukanlah genre yang aku suka baca. Eiii, "cinta-cinta" ni menggelikan aku yang sebenarnya, haha!

Tapi disebabkan komuniti-komuniti online Muslim di Malaysia ini sangat-sangat merekomendasikan novel ini sebagai bacaan, dengan alasan kita di sini ketandusan karya sebegini (tak ada ka, atau malas nak mencari?), maka aku pun terpengaruhlah dan membelinya.

Tamat membacanya, biarpun perasaan aku bercampur-baur, tapi majoritinya mengatakan bahawasanya novel ini sangat bagus, dan secara tidak langsung, aku pun rasa macam nak merekomendasikan kepada sesiapa saja agar membacanya.

Maka, ADA APA DENGAN AYAT-AYAT CINTA? (Hehe, nanti aku buat novel/filem pakai tajuk AADAAC!)

Isnin, 24 Mac 2008

Nuruddin Al-Banjari di Menara Zakat

Hahaha, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku berpeluang bertemu dengan bukan satu, bukan dua, tapi TIGA individu yang hebat, dalam jangka masa yang tidak sampaipun sehari suntuk. Mereka semuanya hebat. Terkenal dengan keilmuan mereka.

Dua daripada tiga individu ini, mereka berkecimpung dalam bidang politik. Terkenal di seluruh Malaysia. Memang hebat. Memang istimewa. Tanya saja sesiapapun, pasti kenal mereka berdua ini.

Okaylah, secara teknikalnya, aku tidak BERTEMU dengan mereka berdua ni. Cuma sekadar berada secara langsung di dalam majlis yang mereka hadiri.

Individu yang ketiga ini pula, lebih memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana "lambang" politik. Punya pengaruh yang banyak. Memang hebat. Namun kalau ditanya pada rakyat Malaysia, pastinya tak ramai yang kenal individu ini. Maka ini menambahkan lagi keistimewaan beliau. Apalagi beliau bukanlah orang dari "sini". Dan tambah istimewanya ialah, aku BERTEMU dengan individu ini secara bersemuka, tak macam yang lagi dua orang tu!

Khamis, 20 Mac 2008

Salam Mawlid - Qasidah Burdah

2 Rabi`ul Awwal 1429 Hijriah jatuh pada 20 Mac 2008.

Alhamdulillah, seperti biasa, umat Islam di negara kita yang ber`aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jama`ah akan menyambutnya dengan penuh keinsafan.

Memang ada suara-suara "sumbang" dari pihak Wahhabi yang mengatakan sambutan sebegini ialah suatu bid`ah yang menyesatkan. Abaikan saja pihak-pihak ini, mereka tiada tempat di negara kita. Cuma yang sedikit sedih tu, ramai orang muda yang terpengaruh dengan pihak ini. Moga Allah selamatkan mereka dari terus terpengaruh.

Rabu, 19 Mac 2008

Lonely Soldier Boy: MOSPEADA!

DO YOU REMEMBER THAT OLD LUL-LABYE?!


Hoho, bagi peminat band-band tempatan, terutamanya band-band baru yang kemunculannya entah dari mana datangnya, secara tiba-tiba sahaja muncul di arena seni tanah air ini, muncul secara mainstream pulak tu, dengan genre muzik yang pelik-pelik, maka pastinya pernah mendengar tajuk lagu seperti yang aku tulis kat tajuk entri ini, serta "ayat" yang aku quote kat atas tu (ya, aku tahu ejaan "lullaby" tu salah). Yep, lagu daripada band HUJAN kan?

Tapi bagi orang tertentu, macam aku contohnya, maka bila membaca tajuk lagu itu, dan kemudiannya setelah mendengarkan sendiri lagu nyanyian mereka itu, maka tidak boleh tidak, memori lampau mengimbau kembali, mengingatkan aku kepada asal-usul yang asalnya bagi lagu berkenaan. Apakah asal-usul yang sebenar bagi lagu berkenaan?

Selasa, 18 Mac 2008

Smart TAG!

Hmm... sebenarnya ini tiada kena-mengena dengan sistem rompakan kutipan bayaran di lebuh raya negara kita ini. Sementelah lagi, menteri yang menjaga hal-ehwalnya sudahpun tewas. Kasihaaan...

Tapi ini berkaitan dengan "pujuk rayu" Kak Bayan agar menceritakan isi perut dompet aku.

Ahad, 9 Mac 2008

Batuk! Kisah 5 Negeri Semenanjung...

Dalam buku sejarah, kita dok belajar, bahawasanya sebelum merdeka, sebelum Malaysia, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini terbahagi kepada "kumpulan-kumpulan" tertentu, bergantung kepada bagaimana cara negeri-negeri itu dijajah.

Negeri-negeri itu adalah seperti berikut:

1. Pulau Pinang + Melaka + Singapura = ???
Jawapan: Negeri-negeri Selat

2. Pahang + Perak + Selangor + Negeri Sembilan = ???
Jawapan: Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Johor + Terengganu + Kelantan + Kedah + Perlis = ???
Jawapan: Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Nah, sekarang, pada tahun 2008, bulan Mac, terbentuk pula satu lagi kombinasi baru melibatkan lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini.

KELANTAN + KEDAH + PULAU PINANG + SELANGOR + PERAK

Agak-agak, apakah nama yang sesuai untuk combo yang (meminjam istilah Ustaz Zamri MARI MENGAJI) "mantop" ini?

Yang pasti, media akan mengatakan bahawa negeri-negeri ini "jatuh ke tangan pembangkang".

Hmm... ini aneh ni. Pembangkang amendenye? Kan mereka membentuk kerajaan di situ? Kerajaan yang SAH, yang dipilih oleh RAKYAT. Nah, sekarang siapa yang bakal menjadi PEMBANGKANG, dalam ertikata sebenar, di situ?

Inilah dia masalah set minda yang telah disetkan sejak zaman-berzaman (terima kasih pada media perdana yang memainkan peranan ini). Melabel dan kemudian menyalahgunakan (dan menyalahtafsirkan) istilah PEMBANGKANG, yang diberi konotasi seolah PEMBANGKANG ini layak dianggap MUSUH/PETUALANG/PEMBERONTAK. Konsep apakah ini? Ini konsep yang menggalakkan perpuakan antara... err... sesuatu "puak".

Maka, marilah kita betulkan persepsi yang salah lagi negatif ini. Dan bacalah apa yang sahabat aku katakan dalam tulisannya dalam entrinya di sini, dan renungkanlah, heheh!

Cakap pasal media, ish, masih cakap besar lah mereka ni. Terimalah hakikat. Orang dah bagi mesej, awat yang dok tak paham-paham lagi tu? Takkan tidoq lagi kot?! Ataupun dalam keadaan... apa orang putih cakap tu... DENIAL?! Ya, orang putih cakap "denial is not a river in Egypt" ("penafian bukanlah nama sungai di Mesir", hehe, tak masuk di akal kalau diterjemah ke Bahasa Melayu).

Oh ya, negeri aku seolah macam terputus terus hubungan dengan media. Tiada satu pun footage mengenai suasana di negeri aku. Pengumuman kemenangan pun tiada. Mana dia laporan "hanya yang sahih" tu? Aku sendiri hampir tak tahu siapa yang bakal jadi Menteri Besar di negeri aku ni.

Ah, baru teringat, menteri media perdana pun tersungkur di negeri aku ni. Lawak... lawak... lawak! Masih terngiang-ngiang ayat-ayat jawapannya kepada pembaca berita Al-Jazeera!

Oh ya lagi, ada orang kata, di bangunan tempat pusat pentadbiran negeri aku, jalan ditutup. Berapa buah entah, trak FRU berhimpun di situ. Aik, nak buat apa tu? Takkan tak mahu kasi kerajaan baru terbentuk kot? Ahaks, ini spekulasi aku saja, yang mungkin akan dipadam kemudian kalau ianya tak betul, hahah! Lagipun aku sendiri belum pergi ke situ nak memastikannya!

"Bulan" telah mengambang di negeri aku, buat pertama kalinya. Yang lawaknya, malam sebelum hari aku mengundi tu, aku baru saja menonton, buat pertama kalinya, menerusi VCD originalnya, filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG, hahah!

Hai, macam-macam...

Jumaat, 7 Mac 2008

Undilah... OPTIMUS PRIME!


"Presiden" Optimus Prime

Sempena musim pilihanraya ini, aku menyeru kepada semua orang supaya mengetepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman politik.

Aku menyeru supaya anda jangan ragu dan jangan pening lagi dalam memilih siapa yang paling layak memimpin anda.

Aku menyeru kepada anda semua supaya sebulat, seia sekata, sehati sejiwa seraga, menyokong calon yang paling layak untuk memimpin anda.

Aku menyeru kepada anda untuk menyokong orang individu yang paling layak itu, iaitulah OPTIMUS PRIME!

Aku suka tengok drama Arab!

Ya, aku memang suka drama Arab. Tapi agak malang sikit kat Malaysia ni, peminat drama Arab cuma ada DUA opsyen nak tengok drama Arab. Pertama, kena tunggu tibanya bulan Ramadhan. Kedua, kena ada Astro, baru boleh tengok drama Arab melalui saluran ART, itupun kena yang betul-betul pandai Bahasa Arab, sebab di situ tiada sarikata dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, haha!

Aku? Aku ni boleh la sikit-sikit Bahasa Arab. Kalau tengok yang ada sarikata tu, mesti mau baca punya sarikata tu, kalau tidak tak faham la. Tapi aku pernah jugak layan satu drama Arab ni di ART, tanpa sarikata, dan aku boleh katakan aku faham SEPARUH (kalaupun tak SUKU) daripada keseluruhan jalan cerita tu. Bergantung pada visual, dan perkataan-perkataan Arab tertentu yang aku faham, membuatkan aku faham SEPARUH daripada apa yang dituturkan, hahahah! Boleh jugak la tu, siap aku terjemah sikit-sikit apa yang dibicarakan, kepada adik-adik aku yang turut menonton.

Tapi, selain daripada DUA keadaan itu, jangan haraplah bagi peminat drama Arab di Malaysia ini dapat menonton drama Arab. Tu pun kalau dalam bulan Ramadhan tu, pastinya drama mengenai tokoh sejarah. Jangan harap la nak drama pasal zaman moden sekarang ni. Erm, ada ka peminat drama Arab di Malaysia ni? Hahah, janji aku ada, maknanya ada la peminat tu!

Namun sekarang, RTM2 sudah bermurah hati menayangkan drama Arab pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 1:30 petang.

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang