Ada sesiapa yang pernah tertonton iklan rancangan terbitan RTM1 seperti rancangan ISU SEMASA, BERSAMA MENTERI, dan entah apa lagi rancangan diskusi yang RTM1?
Oh ya, ada juga dalam iklan bagi rancangan EKSKLUSIF BERSAMA yang ditayangkan secara langsung setiap hari Selasa pada setiap awal bulan, jam 9.30 malam di RTM1. Yang terkini bersama KSN kita, baru ja berlalu (5 Februari 2008). Malah muzik ini juga menjadi "lagu tema" bagi rancangan ini. Aku tak tengok dari awal, tapi bila sempat tengok minit-minit terakhir, memang waktu berjalannya ending credit bagi rancangan ni, mereka pakai muzik yang ini juga.
Ha, bila iklan tersebut ke udara, perasankah anda muzik yang dimainkan pada ketika itu? Jika anda peka pasti anda akan ingat mereka akan mainkan suatu muzik yang, kita rasa agak catchy mendengarnya. Ada yang mungkin akan kata muzik yang diambil tu berbunyi agak "epik", hehe...
Tapi, bagi golongan tertentu, mendengar muzik berkenan secara automatik akan kenal dengan tepat muzik apakah itu, atau dari manakah asalnya muzik berkenaan.
Yeah, untuk pengetahuan bagi yang tidak mengetahui, muzik yang digunakan itu berjudul "DON'T BE AFRAID", salah satu daripada runut bunyi bagi sebuah game console RPG yang tersohor di dunia, iaitu FINAL FANTASY VIII (laman web rasmi di sini). Secara spesifiknya, bagi yang pernah main game tu, pasti tahu bahawa muzik tu adalah muzik tema/latar bagi babak pertarungan (battle theme song). Komposer bagi muzik berkenaan dan boleh dikatakan bagi KESEMUA muzik latar dalam semua siri game FINAL FANTASY ialah Nobuo Uematsu.
Kalau tak percaya, silakan dengar bunyi muzik daripada video di bawah ni:
Atau boleh dengar versi yang lebih rancak, epik lagi "orkestra" di sini:
Isunya di sini bukannya muzik tu best atau tidak (tapi aku nak kata jugak la, muzik ni memang best!). Tapi yang paling aku tertanya-tanya ialah, "Bolehkah? Atau patutkah RTM buat macam ni?". Bolehkah RTM ambil lagu/muzik orang dan sesuka hatinya memasukkannya ke dalam rancangan terbitan mereka, tanpa memberi "kredit" kepada "tuan asal", seolah lagu/muzik itu mereka sendiri yang gubah?
Sebenarnya banyak lagi muzik lain yang menjadi tema bagi suatu filem/siri TV dari luar negara yang kita "cilok" dan masukkan dalam rancangan/drama terbitan kita (muzik MACGYVER, KNIGHT RIDER, MISSION: IMPOSSIBLE, JAMES BOND antara yang kerap kita dengar kan?). Malah adik aku yang memang minat siri FINAL FANTASY ni pernah terperasan bahawa drama SEMBILU KASIH pun pernah ada muzik-muzik tertentu dari FINAL FANTASY!
Mungkin ada yang kata "eleh, benda kecik ja tu!". Ya la, memang remeh pun, tapi mesti "tuan asal" bagi gubahan muzik ini memiliki "hakcipta" ke atasnya kan?
Kalau benda macam ini remeh, maka mengapa ada sesetengah pengeblog "menghakciptakan" tulisannya? Supaya orang tak senang-senang cilok hasil tulisannya lepas tu mengaku sebagai tulisan sendiri, kan?
Jadi biarpun kita rasa macam tak mengapa membeli barang cetak rompak, tapi kalau kita sedar hasil titik peluh kita "dicuri" orang, kita akan marah kan? Kita nak lindungi dan tuntut hak kita kan? Amboi, macam kempen la pulak, hahaha!
Berbalik pada cerita aku ni, jadi rasanya perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada muzik juga kan?
Haha, sengaja aku mengaitkan dengan FINAL FANTASY (di antara banyak-banyak muzik lain yang dicilok), sebab aku teringat pada suatu kes di mana seorang artis Korea telah meniru bulat-bulat babak tertentu dari filem animasi CGI FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN. Cerita/berita mengenainya (serta videonya, kalau nak tonton) boleh dilihat di sini.
Haha, dalam video klip lagu nyanyian artis berkenaan, terdapat babak "pertarungan antara dua watak" yang memang saling tak tumpah macam babak dari filem berkenaan. Bezanya, kalau dalam filem tu seratus peratus animasi janaan komputer, dalam video tu pula dilakonkan secara live oleh artis berkenaan serta beberapa pelakon lain. Tapi latar belakang, rekabentuk set dan kostum dan mekap, perjalanan babak, serta koreografi pertarungan (dan kesan khasnya) memang ditiru sebijik sepertimana dalam filem tu.
Malangnya, produksi video muzik berkenaan TIDAK MENDAPAT KEBENARAN dari pihak SQUARE-ENIX (yang memiliki HAK ke atas francais FINAL FANTASY). Tapi produksi berkenaan ada la tulis kat awal dan akhir video tu, mengatakan "babak ini adalah berdasarkan babak dari filem... bla bla bla...", sebagai tanda mereka memberikan kredit kepada SQUARE-ENIX.
Cukupkah cara macam tu? Haha, tak cukup rupanya. Pihak SQUARE-ENIX (yang beroperasi di Jepun, JIRAN bagi negara KOREA, hah!) tak berpuas hati mereka telah "dicetak-rompak" sebegitu, dan apa mereka buat? Haha, mereka membawa kes ini ke mahkamah. Selain daripada muzik video berkenaan diharamkan daripada ditayangkan di kaca TV, mereka juga bertindak MENYAMAN produksi dari Korea itu (berita di sini).
Biarpun jumlah saman tu taklah sampai 30 000 Dolar Amerika pun, tapi tu dah menunjukkan bahawa pihak mereka sangat mengambil berat kalau karya mereka "dicetak-rompak" oleh pihak lain.
Dan, sekali lagi aku sebut di sini, kes ini melibatkan negara Jepun dan Korea, dua negara yang BERJIRAN! Macam ada perkaitan dengan isu di mana negara jiran kita yang marah sebab dikatakan kita "mencuri" hasil karya mereka (antaranya lagu... oh tak mahu taip, takut nanti orang mereka jumpa blog aku dan mengspam ruang komen aku dengan tohmahan!), masih ingat kan?
Mujurlah Jepun tu bukannya jiran kita, jadi pastinya mereka TAK TAHU bahawa stesen TV kita dengan "rasminya" mencilok muzik latar bagi game mereka dan menjadikannya sebagai lagu tema bagi rancangan "rasmi" negara kita. Bayangkan kalau mereka tahu, agak-agak mahukah mereka menyaman kita? Kalau kena, agaknya berapa kita nak kena? Dan apa alasan kita nak bagi kat mereka? "Lagu serumpun"?
Sebenarnya, memang aku pun rasa benda macam ini agak remeh, tapi agak-agaklah. Kalau yang buat tu studen-studen yang buat persembahan untuk projek tahun akhir ka, atau produksi drama tempatan, aku rasa tak mengapalah, atau bolehlah mereka ni terlepas. Tapi kalau yang buat ni "rancangan/program TV RASMI" bagi "stesen TV RASMI" negara kita, aku rasa macam malulah pulak dengan perbuatan macam ini, hoho...
Rabu, 6 Februari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terkini dalam Ilmiah
-
-
Carilah Ilmu Ad-Diin pada Ahlinya - Ilmu al-iman itu dalamilah dengan yang ahlinya. Jangan cuba dalami ilmu al-iman dengan ahli al-islam, melainkan jika ahli al-islam itu memang ahli jug...Seminggu yang lalu
-
On Attending Gatherings Virtually - Answered by Sayyidi Habib Umar bin Hafiz (may Allah protect him and benefit us by him) Does someone attending your gatherings virtually receive what someon...Sebulan yang lalu
-
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP - SHAH ALAM - Keputusan kerajaan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh tepat apabila lekuk graf jangkitan Covid-19 mula melandai dalam masa beberapa hari s...2 tahun yang lalu
-
Lagi Tentang Pengunaan Nama Allah - Tidak cukup dengan artikel sebelum ini yang bertajuk "Nama Allah dalam Alkitab dan Tulisan-tulisan Lain" http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/na...3 tahun yang lalu
-
Monday Morning Haiku – Badr - The full moon called me from sleep Face dripping water Quietly chewing on dates The post Monday Morning Haiku – Badr appeared first...5 tahun yang lalu
-
-
Save pdf smaller size mac online - High image quality, bring your ideas to life save pdf smaller size mac online beautiful presentations. and instantly got the shrunken file! Although the de...6 tahun yang lalu
-
Terkini dalam Laman Suka²ku
-
Nothing Mengacah Kehadiran TWS Baharu – Mungkin Ear (3) - Nothing Ear adalah antara barisan TWS yang pasti tidak menyesal untuk dimiliki. Mereka kini mempunyai beberapa model iaitu Ear (1), Ear (stick), Ear (2) ...2 jam yang lalu
-
MPG-09 Super Ginrai First Look - Thanks to TFW member Zodiac1968340, we now have a first look at MPG-09 Super Ginrai! This is an alternate version of the toy colors MP-60 Ginrai we had s...2 jam yang lalu
-
Today's Wordle answer for Friday, March 29 - Get all the help you need with today's Wordle.7 jam yang lalu
-
We are Getting a Transforming K.I.T.T. in an upcoming TF Knight Rider Collab - Thanks to JTPrime17, we have our full listing for the upcoming Transformers Knight Rider collaboration. This will be a transforming K.I.T.T. car, answering...12 jam yang lalu
-
How to Instantly Recognize a Stroke - Every year in the United States alone, nearly a million people have a stroke. Strokes can strike at any age, but the chances of suffering a stroke increa...18 jam yang lalu
-
Release: *Pepper Grinder with Soundtrack and in a Bundle* - * Pepper Grinder is now out, together with its Soundtrack – moreover, you can get both these titles in a Bundle, too!* Pepper Grinder is an action-packed pi...Sehari yang lalu
-
Bang Mat dan Razi - Kampung Zombi Oleh Amirul Ain - [image: Author image] Amirul Ain *Nota Editor :* Ini adalah previu 5 dari 10 muka surat untuk penyertaan pertandingan *CKOM8*. *Nota Editor :* Ini a...4 hari yang lalu
-
-
-
Akhirnya Nicolas Cage Dapat Beraksi sebagai Superman menerusi Filem Animasi TEEN TITANS GO! TO THE MOVIES - Tiada apa yang mustahil dalam dunia komik. Baru-baru ini, kita telah diberitakan bahawa komposer dan penyanyi Halsey serta penyanyi rap Lil Yachty akan men...6 tahun yang lalu
-
-
Entri Terkini Blog Orang
-
Koleksi Alam - Bismillah hirrahman nirrahim.Lama blog ini bersawang. Sehinggakan saya tak tak tahu ianya masih berfungsi atau tidak. Masih ada yg menjengok atau tidak. S...2 bulan yang lalu
-
Lahir di Bulan - Siapakah yang lahir di bulan? Adakah orang yang lahir di bulan? Ini bukan tentang sesiapa yang lahir di bulan. Namun tentang aku yang lahir di bulan ...Setahun yang lalu
-
Ubah Menu Makanan - Jikalau belasan tahun dulu, aku sering saja minum teh tais, teh tarik, milo ais,20an pula penuh dengan air gas dan sirap sepanjang masa. 30an Aku di Sab...Setahun yang lalu
-
Miss Grand International 2020 - Its been awhile I write my blog and the last time I wrote was about pageant particularly Miss Universe. But this time around, post pandemic of the covid-19...3 tahun yang lalu
-
-
1st entry of the year… on the 7th. - Oh, darn it. Failed my ninth 2017 resolution by only writing here on the 7th. Supposed to have 7 entries already for the year! Boo hoo. What to write tonig...7 tahun yang lalu
-
12 Tahun Hembusan - Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:* "Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap ...7 tahun yang lalu
-
New Science Inventions - The distinction between barbaric and ethical electromagnetic key to the new science inventions of Fullerene holographic 'chemistry'. While mainstream sci...8 tahun yang lalu
-
Surat-Surat Kepada Mereka - Dalam diri. Itulah. Cinta dan benci, datang dan pergi. Terlalu banyak cerita yang ingin ditulis, tetapi ada sebahagiannya bukan untuk dikongsi. Barangkali,...10 tahun yang lalu
-
(Idea Lucu) Cara Tidur Yang Berkesan! - 1. Pejam Mata. Mesti kene pejam mata kalau nak tidur. Mana ada orang buka mata. kan? 2. Tengok Drama Melayu. Bila dah bosan, pasti ngantok. 3. Senaman Mala...12 tahun yang lalu
-
Ludah Siswa Atau Ludah Najib? - Terkejut. Mahasiswa telah tunjuk taring. Walaupun bukan majoriti mahasiswa di Malaysia ini, tetapi tindakan mereka perlu diambil perhatian. Najib Razak per...12 tahun yang lalu
-
Machine Part 1 - Akhirnya, sampai gak 1 daripada 3 mesin production yg aku mohon daripada pelbagai agensi bantuan keusahawanan. Hari ni mesin Cooker/Mixer & Filler yg sampa...14 tahun yang lalu
-
-
Yalah, malulah saya sebagai rakyat Malaysia. RTM kan ada orchestra sendiri, dan ada composer yang "termahsyur". Masih perlu cilok lagu Final Fantasy?
BalasPadamKalau mahu cilok pun cilok lagu game yang tak terkenal, ini Final Fantasy, tak satu orang pun yang saya kenal yang TAK TAHU lagu tu. Mak saya pun tahu. Bodoh betul.
Kalau memang tak ada idea compose, pun, boleh guna lagu tu, ubah melodi sikit, main guna instrument lain, dah boleh pass jadi lagu lain, takkan kena saman punya, tapi entah, mereka malas agaknya.
Hai...
Benar tu wahai Josh T, heran jugak, apalah yang komposer orkestra RTM tu buat ya? Takkanlah dia hanya digaji untuk program konsert melibatkan RTM saja? Mahal sangatkah nak upah dia untuk kerja² "remeh" seperti mengcompose lagu RASMI untuk program² rasmi RTM kan? Takkan RTM tak ada unit muzik yang mengkhusus kepada kerja² membikin muzik latar "original" (bukan main curi saja lagu dari sumber lain)? TV3 pun ada, kenapa RTM tak ada?
BalasPadamRTM tu lidah kerajaan, apa saja program mereka, adalah merupakan apa yang kerajaan nak sampaikan. Kalau macam inilah cara kerja mereka, maka kita boleh nampak cerminannya kepada... ehem, "cara kerja" kerajaan yang sedang memerintah sekarang, heheh!
Ada betul jugak idea anda tu. Kasi la ubahsuai biar dia lari sikit (atau banyak) daripada bunyi susunan asal muzik yang nak ditiru itu. Kalau habis tak ada idea sangat, buat macam yang anda kata, iaitu mainkan muzik yang sama tapi guna instrumen muzik yang berbeza, agar nampak "original" skit, cover version la kononnya (macam yang artis kita suka buat; nyanyi semula lagu orang, tak rasa bangga dengan lagu sendiri?).
Ini, dia pakai download saja dari internet fail MP3nya (kalau beli CD originalnya kira okaylah kan?), dan play bulat² lagu itu sebagai lagu tema rancangan mereka, saya pun boleh buat, hehe! Bukan lagu FINAL FANTASY saja tau, boleh kata banyak lagi lagu lain yang mereka "cilok".
P/S: Wah, kagumnya saya, mak anda pun kenal lagu FINAL FANTASY tu yaa? =)
salam kalau nak download lagu jepun dan korea boleh dapatkan di www.mp3japan.org/v2 sila register dulu ok..
BalasPadam