Khamis, 10 Januari 2008

Syed Mokhtar Al-Bukhary - Tokoh Ma`al Hijrah 1429H

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, TOKOH MA`AL HIJRAH untuk tahun 1429 Hijriah ini!

Seperti yang kita sedia maklum, beliau ni merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary, dan merupakan Bumiputera merangkap orang Islam yang terkaya di Malaysia. Tak kisahlah kalau ada orang kata dia tak "sekaya" orang-orang kaya di Malaysia yang lain (sebab dia hanyalah yang KETUJUH TERKAYA di Malaysia), sebab dia tak mengumpul hartanya secara "tamak" dan untuk dirinya sendiri, sebaliknya menyumbang kepada orang ramai, dengan cara yang pelbagailah melalui Yayasan Al-Bukharynya tu.

Yang buat aku paling bangga dengan dia ni ialah, dia ni orang ALOR SETAR! Wohoo, orang kampung aku la ni!

Memang aku selalu juga pergi ke Masjid Al-Bukhary di Alor Setar untuk Solat Juma`at dan Solat Tarawih (bacaan imam-imam di sana pun sedap!), dan memang aku suka dengan aktiviti dan majlis ilmu yang mereka selalu anjurkan di situ (Alhamdulillah, masjid ni tak dicemari "virus Wahhabi"). Antara yang paling aku ingat ialah lawatan Syeikh Habib `Umar bin Hafiz (ini laman sesawang rasmi beliau), ulama tersohor dari Hadhramaut, Yaman. Oh ya, Syed Mokhtar Al-Bukhary ni pun keturunan Ahlul Bayt yang berasal dari Hadhramaut juga, jadi kiranya mereka ni memang boleh dikatakan sebagai "sepupu" la.

Di sebelah masjidnya tu, ada Souq Al-Bukhary, kompleks membeli-belah. Aku juga selalu "rajin" ke situ sebab di situ ada GIANT, iaitu tempat di mana "rakyat Malaysia membeli-belah".

Ooops, dah termelalut!

Nak cerita jasa beliau ni memang banyak tak terkiralah, dan aku sendiri pun tak tahu sangat secara terperinci, jadi rasanya tak perlulah aku ulas di sini kot. Yang aku pasti, beliau memang tersangat layak menerima anugerah ni.

Apahal pun, sekali lagi aku mahu ucap setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Moga sukses selalu dan istiqamah dalam usaha anda!

SALAM MA`AL HIJRAH 1429H! Bersamalah kita MENJANA UMMAH GEMILANG!

1 ulasan:

Komen ja. Tak kisah punya...

Terkini dalam Ilmiah

Terkini dalam Laman Suka²ku

Entri Terkini Blog Orang